Saturday, April 10, 2010


I made this widget at MyFlashFetish.com.

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH KEWUJUDAN SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Lingkabau adalah asal usulnya dengan nama kampung Lingkabau. Nama kampung Lingkabau berdasarkan menurut cerita bahawa ada seekor kerbau mati di kuala sungai. Orang-orang kampung menamakan sungai tersebut iaitu sungai kerbau. Pada masa itu, penjajah British (England) tidak tahu dan sukar menyebut perkataan ‘kerbau’. Penjajah tersebut membunyikan perkataan ‘kerbau’ kepada ‘Lingkabau’. Sehingga hari ini nama Lingkabau kekal sehingga sekarang samada nama sungai hutan, sekolah, kampung, klinik desa dan mukimnya.
Tokoh yang mengusahakan pengujudan sekolah iaitu diusahakan oleh semua ketua kampung dan pemimpin kampung. Sekolah ini dibina pertama kalinya pada tahun 1956. Sekolah pada masa itu beratapkan dan berdindingkan nipah dan berlantaikan buluh serta bertiangkan kayu bulat. Ia mula beroperasi pada Feb. 1956. Pada bulan Disenber 1956 musim banjir yang besar telah menghayutkan sekolah ini. Pada April 1957, pembinaan sekolah baru dibina. Sekolah ini dibina dengan beratapkan zink, berdindingan kayu(papan) dan berlantaikan simen. Dan ketika itu rumah guru yang pertama dibina iaitu hampir keseluruhannya adalah kayu. Rumah guru yang dibina sebanyak 2 buah.
Pada 25.02.1974, banjir besar melanda sekali lagi di kampung ini yang mana telah menghayutkan sekali lagi bangunan sekolah dan 1 buah rumah guru. Banjir ini adalah yang paling besar yang mana banyak menghayutkan rumah-rumah orang kampung di sekitarnya. Pada Jun 1974, projek kilat iaitu pembinaan sekolah yang baru dibina bersama dengan 1 buah rumah guru. Sekolah ini dibina di atas bukit seperti yang masih kekal lagi ketika ini. Bangunan sekolah ini adalah 1 blok sahaja. Dan pada tahun Disember 2003 bangunan sekolah ditambahkan 1 blok(4 bilik) yang mana struktur pembinaannya adalah konkrit. Dan ia kekal pada masa ini.